Berita

“Alhamdulillah.Selesai. Allah saja yang tahu,”… Nora Ariffin dicerai talak satu menerusi rakaman video

- Diterbit 12 Ogos 2024 8:58 PM MYT

KECOH dalam media sosial apabila penyanyi Datuk Nora Ariffin, 51, diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli.

 

Lafaz cerai itu dibuat Rushdi menerusi rakaman video dikongsi penyanyi lagu Hanya Satu itu dalam Instagram, sebentar tadi.

“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah,” lafaznya.

Dalam pada itu, Nora turut meniggalkan kapsyen seperti memberi bayangkan segala kemelut yang ditanggungnya selama ini akhirnya ternoktah.

“Alhamdulillah.Selesai. Allah saja yang tahu,” tulisnya.

Terdahulu, spekulasi mengatakan rumah tangga penyanyi itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya itu goyah sudah bertebaran sejak tahun lalu, namun Nora menyangkalnya.

Nora berkata, dia masih bergelar isteri kepada Rushdi dan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.

Nora yang berkahwin dengan Rushdi berkahwin dalam satu majlis pada 2021 tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya, Nora memaklumkan bertemu jodoh dengan sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi.

Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff berusia 20 tahun. – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas