Berita

Shamsul Azri dilantik sebagai KSN baharu

- Diterbit 7 Ogos 2024 4:28 PM MYT

KETUA Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baharu berkuat kuasa 12 Ogos ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan lantikan beliau adalah bagi menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada Sabtu ini.

Menurut kenyataan itu, lantikan Shamsul Azri juga telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas