Berita

Tiada tempat yang selamat di Gaza

- Diterbit 17 Julai 2024 10:11 AM MYT

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyifatkan situasi di Gaza sebagai amat berbahaya dengan menyatakan “tiada tempat yang selamat” di wilayah itu.

Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.

“Tiada tempat yang selamat. Di mana-mana adalah zon pembunuhan yang berpotensi,” kata Guterres dalam catatannya di platform X.

Beliau berkata sudah tiba masanya bagi pihak-pihak yang terlibat untuk menunjukkan keberanian politik dan kemahuan politik untuk akhirnya mencapai kata sepakat. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas