Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba nama penyanyi popular Baby Shima dikaitkan kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan pempengaruh Abang Tesla.
Mana tidaknya, Abang Tesla baru-baru ini berkongsi video dalam TikToknya memaparkan dirinya meminta kebenaran dengan isterinya untuk bertemu dengan Baby Shima.

Dalam video tersebut, Abang Tesla mengaku mempunyai urusan dengan penyanyi Pura-Pura Bujang itu. Urusan apa agaknya ya?
Namun, tidak pasti sama ada semua itu hanya sekadar gimik atau mereka mempunyai apa-apa hubungan. – WILAYAHKU