KENAIKAN Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi memperkukuhkan nilai ringgit hanya akan membebankan rakyat.
Menteri Komunikasi, Fami Fadzil, berkata cadangan itu tersebut dilihat bukan satu langkah terbaik untuk dilaksanakan buat masa ini.
“Saya ambil maklum ada sesetengah pihak yang memberikan pandangan atau cadangan yang mahu Bank Negara (BNM) untuk meningkatkan OPR kerana saya jangka itu bukan satu perkara yang akan membantu rakyat pada waktu ini.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menyatakan sebelum ini, di mana perkiraannya sekiranya kadar OPR dinaikkan, kadar faedah lebih tinggi bagi Malaysia tetapi kesannya nanti kepada rakyat,” katanya pada sidang media hari ini.
Dalam pada itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan turut memaklumkan isu kejatuhan nilai matawang ringgit tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri kali ini.
Walaubagaimanapun, menurut Fahmi, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour ada meneliti perkara itu berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan.
Semalam, media melaporkan, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata prestasi ringgit baru-baru ini telah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran, sama seperti mata wang serantau lain.
Abdul Rasheed Ghaffour turut memaklumkan antara faktor tersebut termasuk pelarasan pasaran kepada jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang berubah-ubah, kebimbangan geopolitik dan ketidakpastian berkaitan dengan prospek ekonomi China.
BNM berpandangan bahawa paras ringgit baru-baru ini tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia pada masa akan datang.
Selain itu, nilai ringgit terus mencatat penurunan ketara Selasa lepas apabila mencecah paras 4.795 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) paras terendah.
Jika disingkap semula, mata wang negara mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu 4.88 pada Januari 1998 iaitu ketika kemuncak Krisis Kewangan Asia.
Paras nilai ringgit juga mengatasi paras terendah harian yang dicatat pada 23 Oktober 2023 lalu iaitu 4.7925. – WILAYAHKU.