SELURUH warga Wilayah Persekutuan khususnya di Kuala Lumpur dijemput bagi memeriahkan program Temu DBKL dan Teh Hijau yang sedang berlangsung di Perkarangan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sehingga pukul 10 malam ini.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya Jualan Rahmah, kaunter informasi PADU, pameran setiap unit jabatan DBKL, Jualan Agromadani dan cabutan bertuah.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dijangka hadir sekitar pukul 3 petang bagi merasmikan program. – WILAYAHKU