Berita

PM beri jaminan pelihara kebajikan kaum minoriti di Malaysia

KREDIT foto: Facebook Anwar Ibrahim.
- Diterbit 26 Januari 2024 9:40 PM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kebajikan golongan minoriti di negara ini termasuk kaum Siam, sama ada dari soal agama dan bahasa, akan dipelihara.

Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar semasa beliau menerima kunjungan wakil Pertubuhan Sami Buddha Keturunan Siam Malaysia di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

“Malah kelas Bahasa Siam yang dikendali oleh Wat Siam akan dibantu dan diperkasa dengan pentadbiran yang lebih mantap,” kata beliau melalui perkongsian di media sosial. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas