Biz

Al Ansar perkenal IBS Kayu Nibong sempena Promosi Merdeka 2023

Datuk Seri Muhammad Khanafi Husin menyampaikan ucapan sempena majlis Pelancaran Promosi Merdeka Banglo IBS di Cyberjaya baru-bqru ini.
- Diterbit 27 Jun 2023 4:41 AM MYT

KOS pembinaan kediaman yang saban tahun meningkat ekoran harga bahan asas yang semakin tinggi telah mendorong syarikat kontraktor pembinaan, Al Ansar IBS PLT memperkenalkan Sistem Binaan Berindustri (IBS) kayu Nibong sempena promosi merdeka yang berlangsung mulai 16 Jun hingga 24 September hadapan.

Langkah tersebut diambil bagi memberi peluang kepada orang ramai memiliki kediaman di atas tanah sendiri dengan kos pembinaan yang lebih rendah.

PENGERUSI Eksekutif Al Ansar IB PLT, Datuk Seri Muhammad Khanafi Husin ( kanan) berjabat tangan dengan Tan Sri Datuk Hashim Meon selepas merasmikan majlis Pelancaran Promosi Merdeka Banglo IBS di Cyberjaya baru-baru ini.

Pengerusi Eksekutifnya Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, IBS banglo kayu adalah alternatif kepada golongan yang sentiasa berusaha memiliki kediaman sendiri.

“Sejak 2018, Al Ansar telah membina lebih 100 unit banglo IBS dan telah berjaya disiapkan tanpa laporan projek terbengkalai. Rekod tersebut telah mendorong syarikat yang terletak di Cyberjaya terus dikunjungi oleh orang ramai yang kebanyakan berhasrat membina kediaman atas tanah sendiri.

“Kami menerima banyak aduan dan perkongsian masalah mengenai harga rumah yang semakin tinggi.

“Ini disebabkan, harga bahan asas kediaman di negara ini di luar kawalan kontraktor namun kami berusaha menangani permintaan mereka dan langkah penjimatan adalah memilih banglo IBS dan kami tambah dengan IBS kayu.

“Sempena promosi yang dilancarkan, sebanyak 15 unit banglo disasarkan dan tiga unit daripadanya IBS kayu Nibong dengan nilai jualan RM3 juta,” ujarnya.

PENGERUSI Eksekutif Al Ansar IB PLT, Datuk Seri Muhammad Khanafi Husin menyampaikan ucapan sempena majlis Pelancaran Promosi Merdeka Banglo IBS di Cyberjaya baru-baru ini.

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Pengerusi Kumpulan Bakti Suci Holdings (Anak Syarikat MAIS) Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Hashim Meon.

Khanafi menambah, Al Ansar sentiasa bersama orang ramai yang sedang berusaha memulihkan ekonomi kesan pandemik COVID-19 yang lalu dan memulakan pembinaan kediaman dengan langkah berjimat cermat.

“Memahami permintaan tersebut, syarikat telah mengimport kayu Nibong daripada Indonesia dengan rekaan menarik namun mereka juga boleh berkongsi idea jika inginkan rekaan baharu.

“IBS kayu mempunyai kelebihan tahan api, tahan air, kos yang efektif, ringan, ketepatan dimensi, penjimatan tenaga, tahan hentaman, tahan lama, tahan bunyi, mudah dikendali dan mesra alam.

“Sama seperti banglo IBS yang menggunakan blok konkrit berongga atau bata ringan IBS kayu juga menggunakan bumbung atap gajah yang dibawa masuk dari Thailand.

“Terdapat dua rekaan dengan harga menjimatkan iaitu Angsana yang bakal dibina dengan dua bilik tidur dan dua bilik air dengan harga RM117,000 dan rekaan Cemara yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan harga RM155,000.

“Sementara itu, lima rekaan banglo IBS ditawarkan pada promosi kali ini antaranya Teja , Fatima, Suria, Aurora dan Lagenda dengan tawaran tiga hingga lima bilik tidur dengan harga RM119,000 hingga RM299,000.

“Sempena promosi merdeka, kami menawarkan hadiah iringan, antaranya table top panjang 10 kaki, lampu dan kipas, kornis di ruangan terbuka, bifold door untuk tandas, perjanjian pembinaan rumah, perlindungan takaful rumah dan perabot untuk satu tahun, pemanas air dalam bilik air satu unit yang telah siap dipasang serta televisyen android 40 inci,” katanya.

Hubungi talian 01113107086, 0383251733 dan layari www.bangloibs.my . – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas