Berita

ASB lancar RFID, tingkatkan keselamatan aset di pengkalan bekalan

- Diterbit 15 Jun 2023 10:24 AM MYT

ASIAN Supply Base (ASB) melancarkan teknologi ‘Radio Frequency Identification’ (RFID) untuk meningkatkan tahap keselamatan pengkalan bekalan bagi melindungi aset.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Japar Esteban berkata, keselamatan dalam industri minyak dan gas ditahap kebimbangan kritikal disebabkan oleh aset bernilai tinggi serta potensi risiko yang berkaitan dengan industri.

“Bagi mengatasi risiko itu, ASB melaksanakan pelbagai langkah keselamatan termasuk halangan fizikal seperti pagar, kamera CCTV, sistem kawalan akses dan rondaan keselamatan.

“ASB merupakan pengkalan bekalan pertama di Malaysia menggunakannya. Sistem pintar ini menggabungkan Kepintaran Buatan (AI) termasuk penghalang pintu automatik dengan antena jarak jauh dan sensor gelung magnet untuk mengesan kenderaan dan penumpang.

“Dengan teknologi RFID, ASB dijangka meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kos dan menambah baik kawalan keselamatan disamping memberi manfaat kepada Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC) selain menarik pemain minyak dan gas luar menjalankan operasi di ASB,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Penggunaan sistem keselamatan RFID, di perkarangan Wisma ASB, pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata projek itu dibahagikan kepada empat fasa, dengan penyiapan dan demonstrasi fasa pertama dijadualkan dilancarkan pada hujung Jun tahun ini.

“ASB komited untuk terus kehadapan dalam penggunaan teknologi baharu dalam industri minyak dan gas,” katanya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas