Selebriti

‘Sembur’ pembaca berita masa live, netizen nasihat Hattan jaga adab

- Diterbit 28 April 2023 11:05 PM MYT

DI sebalik kesedihan atas pemergian vokalis XPDC, Mael, tular pula rakaman video memaparkan segmen mengenang pemergian Mael XPDC di Astro Awani Berita 501 semalam.

Apa yang menjadi perhatian dan hangat dibualkan apabila penyanyi Datuk Hattan selaku tetamu di talian menegur pembaca berita yang dikatakan tidak membuat kajian sebelum bertanyakan soalan.

Ia bermula apabila pembaca berita bertanyakan tentang Lirik-lirik lagu XPDC yang ‘makan dalam’ atau dekat dengan hati pendengat dan meminta Hattan untuk komen.

https://vt.tiktok.com/ZS8T2CLKr/

Hattan ketika dalam talian mula mempersoalkan pembaca berita itu yang dikatakan tidak membuat research sebelum bertanya.

Malah Hattan juga turut bertanya semula kepada pembaca berita itu siapa penulis lirik untuk lagu-lagu XPDC.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang bersetuju dengan cara Hattan yang dirasakan telah memalukan wanita itu secara terbuka iaitu ketika live.

Dalam masa yang sama, netizen mempersoalkan adab sebagai seorang yang diberikan gelaran Datuk. Tambahan pula, segmen tersebut sempena mengenang Mael XPDC dan tidak sepatutnya situasi ini berlaku.

Bukan tidak boleh ditegur, tetapi lihatlah situasi dan keadaan juga.

Netizen turut memuji pembaca berita yang ‘steady’ tetap meneruskan kerja sehingga habis meskipun temubual tidak berjalan lancar.

Inilah antara komen netizen yang lebih menekankan soal adab.

“Sepatutnya Hattan bersikap sebagai seorang yang memberi maklumat. Dia yang ditemubual untuk dapatkan maklumat, dia pula yang menyoal.”

“Tak kena pada masanya Datuk”

“Salute pembaca berita, tenang…”

“Kesian wartawan tu, saya tabik awak dik. Kental semangat awak. Sis support you”

“Hahaha… Dia ingat jadi pembaca berita ni senang”

“Sian wartawan , aib dia jagalah Datuk”

“Datuk Hattan janganlah rendahkan pembaca berita tu. Dia bulan pengkaji hiburan. Adoiii..”

“Dah diberi Datuk, selalu la beradab ya. Walaupun ditemubual wartawan untuk wawancara.”

“Dia pengacara. Rock bukan bidang dia. Soalan dah ada orang prepare. Kalau nak sound, gi sound yang buat soalan. Lagi pun arwah Mael memang ada tulis lirik jugak.”

“Dah kenapa dengan dia ni. Bukan show teka teki ke apa ni. Jawab je la elok-elok” – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas