Berita

13 pesara polis Labuan terima pingat PJPN

AHMAD melakukan pemeriksaan perbarisan hormat sempena Sambutan Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-12 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2023, baru-baru ini.
- Diterbit 26 Mac 2023 8:00 AM MYT

SERAMAI 13 pesara polis telah menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) bersempena Sambutan Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-12 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2023, baru-baru ini.

Penganugerahan kepada kesemua penerima itu bertujuan bagi memperingati pengorbanan dan jasa mereka sepanjang berkhidmat di Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai dan anggota polis.

Sambutan itu dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan kehormat oleh Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Ahmad Jawila.

Lebih menarik, majlis itu juga mempersembahkan seni mempertahankan diri dan tarian kebudayaan.

Turut hadir Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abd Rahman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Othman Che Jusoh. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas