Berita

Kempen Derma Darah Lion Club Mandarin Labuan kutip 60 beg darah

AHLI Lions Club Mandarin Labuan bersama kakitangan
- Diterbit 25 Mac 2023 5:00 AM MYT

SEBANYAK 60 beg darah berjaya dikumpulkan menerusi Kempen Derma Darah yang dianjurkan Lion Club of Mandarin Labuan dengan CIMB Bank Berhad, baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Lion Club of Mandarin Labuan, Chia Sia Theng, program yang dilaksanakan itu turut mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Labuan dan pelbagai pihak.

“Pada program ini, kita berjaya mengumpulkan 60 beg darah dan ia mendapat sambutan hebat daripada masyarakat.

“Setiap penyumbang akan diberikan makanan percuma iaitu burger McDonald’s dan berpeluang untuk menangi tiket cabutan bertuah,” katanya semasa penutupan Program Kempen Derma Darah di Ujana Kewangan, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para penderma dan ingin memastikan program seperti itu dapat diteruskan dengan sebaik-baiknya.

Jelasnya lagi, susulan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai pihaknya bakal merancang untuk mengadakan program itu dalam berskala besar pada masa akan datang.

“Kami memohon maaf kepada mereka yang tidak dapat menderma dan berharap dapat menganjurkannya dengan lebih baik pada masa hadapan,” katanya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas