MATLAMAT sifar rasuah dan mengurangkan ketirisan dana merupakan antara fokus dan tekad Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membantu negara pada tahun hadapan.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata matlamat itu digariskan bagi memastikan SPRM terus kekal relevan dan efektif dalam gerak kerja yang dilakukan.
“Buat warga SPRM ingatlah saban tahun kita bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran krisis dan tuntutan kerja baharu, semua ini menuntut perubahan dalam cara bekerja berfikir dan bertindak.” katanya
Beliau berkata demikian menerusi perutusan Tahun Baharu 2024 di laman Facebook SPRM hari ini.
Azam turut menyeru seluruh warga SPRM untuk meningkatkan integriti, kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai visi tersebut.
Kata Azam lagi, warga SPRM perlu berani berubah dan menerokai bidang baharu bagi menghindari kesilapan semasa menjalankan tugas.- WILAYAHKU