DATUK Zulkurnain Hassan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif (Perancangan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula 1 November lalu.
Beliau yang dilantik ke jawatan itu merupakan bekas Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya DBKL menggantikan Datuk Sulaiman Mohamed yang bersara wajib pada 14 Julai yang lalu.
Zulkarnain berpengalaman luas dalam perancangan bandar raya Kuala Lumpur dan pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB).- WILAYAHKU