LEBIH 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Program Jelajah Genta Belia Bukit Bintang 2023 yang diadakan pada 28 dan 29 Oktober lalu bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Bukit Bintang dengan kerjasama Persatuan Sukarelawan Muda Wilayah Persekutuan (YOU4WP) itu memberi pendedahan kepada golongan belia berhubung inisiatif pemerkasaan ekonomi yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan.
Sekretariat Media dan Promosi Genta Belia Bukit Bintang 2023, Syed Mohamad Rafid Syed Ahmad Sharif, berkata program ini adalah cetusan idea daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk pemerkasaan belia yang inklusif berteraskan model baharu pembangunan belia melalui penjenamaan ekonomi.
“Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan penglibatan belia dalam aktiviti serta keupayaan dan daya saing dalam kalangan mereka,” katanya kepada Wilayahku.
Menurut Rafid, melalui program ini, agensi kerajaan dan swasta turut diberi peluang mendedahkan inisiatif mereka kepada golongan belia yang hadir malah mereka juga turut mendapat perkongsian ilmu dan maklumat berhubung keupayaan dan daya saing dalam aktiviti ekonomi.
“Ia meliputi aktiviti jualan daripada vendor-vendor, Youth Coffee Week, Economy GIG Workforce Talk daripada MDEC dan pelbagai lagi,” katanya Mini Karnival Temuduga MyFutureJobs, KL Night Zumba Joget Lambak turut diadakan. – WILAYAHKU