Oleh DIANA AMIR
ORANG ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Program An Evening of Truly Malaysia Festival Charity Gala Dinner Fashion Runway yang akan diadakan pada 4 November 2023 di Dewan Wawasan, Menara PGRM, Kuala Lumpur.
Program anjuran Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sindrom Down (PPDKSD) dengan kerjasama Projek Extra Chromosome Extra Awesome Festival (ECEAF) tersebut bakal menampilkan 49 finalis anak sindrom down terpilih bagi memperagakan koleksi kasut dan busana pereka terkenal Malaysia bersama 21 orang ratu cantik.
Pengurus Projek Extra Chromosome Extra Awesome Festival (ECEAF), Hafida Hafiz berkata antara jenama terkenal yang akan diperagakan adalah Nottingheels, Nana Bridal Kuala Lumpur, Collar KL, Adore kids, Anak Jantan Kuala Lumpur, Rahsia dan KHATAM.
“Selain itu, tetamu akan dihiburkan dengan persembahan artis popular antaranya Ayu Damit, Zahid AF2, Jessie Loo, Alif Kadim dan violin artis” ujarnya kemuncak majlis adalah Program Auction untuk setiap rekaan kasut dan fesyen di mana hasil jualan akan disumbangkan sepenuhnya ke akaun ECEAF.
Hafida berkata sehingga kini, proses penjualan meja masih berjalan dan mereka yang berminat boleh menghubungi pihaknya bagi proses pembelian.
“Harga meja bermula serendah RM50 bagi upper gallery seat seperti theatre style. Selain itu, kita juga mempunyai bronze satu dan bronze dua dengan harga masing-masing RM3,000 dan RM1,500.
“Bagi silver pula berharga RM5,000 sementara gold RM10,000 (gold),” jelasnya orang ramai juga boleh membuat pembelian secara loose seat mengikut kemampuan masing-masing.
Berkongsi mengenai objektif penganjuran program, Hafida berkata ia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap individu yang dilahirkan dengan sindrom down.
“Jika masyarakat tidak mengenali organisasi-organisasi yang menguruskan golongan ini tentunya tidak ramai yang menyedari akan keperluan mereka.
Selain, ia juga membantu menyokong kos pengoperasian pertubuhan secara berterusan menerusi program yang dirancang secara berkala melalui kerjasama pertubuhan, agensi kerajaan, yayasan dan syarikat korporat.
“Secara tidak langsung, ia dapat menambah baik pembangunan pendidikan pelatih sindrom down dengan penyediaan peralatan pengajaran dan pembelajaran eloktronik seperti komputer, projektor dan sebagainya.
“Dalam masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk mengenali serta mencungkil bakat terpendam anak-anak sindrom down yang mempunyai potensi tersendiri dan perlu didedahkan dengan cara betul kerana mereka berada dalam spektrum serta mengalami dunia secara berbeza,” ujarnya mengalu-alukan semua pihak bersama-sama meraikan kepelbagaian yang menjadikan Malaysia benar-benar hebat.
Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi talian 019-669 6494 atau [email protected] atau [email protected] atau Sekretariat ECEAF, Asma’ (019-476 5109). – WILAYAHKU