PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat rakan sejawatan dari Belanda, Mark Rutte sempena Lawatan Kerja ke Malaysia di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya baru-baru ini.
Pertemuan tersebut diadakan bagi mengadakan perbincangan dan mengukuhkan hubungan dua hala negara Malaysia-Belanda.
Kunjungan itu juga membolehkan kedua-dua pemimpin tersebut bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang terkait dan juga demi kepentingan bersama.
Antara isu yang diketengahkan adalah industri kelapa sawit, kerjasama digital, kecerdasan buatan, teknologi semi-konduktor, yang pastinya banyak untuk dikongsikan antara kedua-dua negara. – WILAYAHKU