KISAH jatuh bangun karier politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar lbrahim diabadikan dalam naskhah buku bertajuk ‘Anwar Triumphs’ hasil tulisan tokoh peguam jenayah Australia, Mark Trowell KC.
Buku yang ditulis tokoh peguam jenayah terkemuka Australia menyajikan kepada pembaca mengenai liku-liku perjalanan Anwar dalam kancah politik tanah air selama hampir empat dekad selain turut membongkar kejatuhan Pakatan Harapan (PH) dan krisis politik susulan langkah yang diambil untuk mendapatkan kuasa sekali gus menafikan beliau pada waktu itu.
Buku tersebut dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri dalam satu majlis di Kuala Lumpur Convention Center hari ini.
Naskhah tersebut turut menceritakan perjalanan Ahli Parlimen Tambun yang tekad untuk mengecapi kejayaan dalam persaingan yang panjang, pengkhianatan politik dan tindakan berani
bagi mengukuhkan negara.
Trowell dalam tulisannya turut memperincikan sudut pandang berbeza dalam kemelut susulan pembebasan Anwar pada Mei 2018, beliau juga menyatakan bahawa buku ini penting kerana merekodkan sejarah sebenarnya yang berlaku ketika itu daripada menulis selepas setelah sekian lama.
Trowell yang menjadi pemerhati antarabangsa dalam menyediakan laporan kritikal berkaitan prosiding undang-undang membabitkan tokoh ternama seperti mendiang Karpal Singh; Menteri Sri Lanka, Rishad Bathiudeen dan beberapa lagi turut mengarang naskhah ‘Sodomy It The Trial of Anwar lbrahim (2012), The Prosecution of Anwar lbrahim: The Final Play’ (2015) dan ‘Anwar Returns: The Final Twist (2018). – WILAYAHKU