Oleh DEEL ANJER
WALAUPUN dikecam kerana didakwa menimbulkan kekeliruan kononnya menyokong Israel menerusi video yang dimuat naik dalam media sosial, Baby Shima tidak mudah melatah.
Bagi pelantun lagu Pura-Pura Bujang ini, niatnya ikhlas mahu mempertahankan saudara Islam di Palestin yang sedang dizalimi rejim zionis Israel.
“Kalau ada yang salah faham atau keliru, saya tak boleh buat apa-apa. Rasanya video yang saya buat itu terang-terangan dan jelas saya mempertahankan rakyat Palestin.
“Tahap intelligent seseorang berbeza-beza begitu juga tahap pemahaman seseorang individu tidak sama. Apa yang saya kongsikan memang dari POV (point of view) yang berbeza namun mesejnya tetap sama mengutuk tindakan rejim zionis Israel.
“Takkan la saya nak please everybody untuk semua yang saya publish dalam media sosial. Pandai-pandailah semak mesej itu dulu. Kalau perlu google translate la dahulu. Jangan main hentam saja,” katanya.
Namun bagi Shima, walaupun disindir rakan artis dan dikecam netizen, tanggungjawabnya sebagai sesama Islam tetap akan dilaksanakan.
“Tak boleh membisu, saudara Islam kita sedang bertarung nyawa. Ini tanggungjawab kita untuk bersuara menentang kezaliman. Cara bersuara itu hak masing-masing dan ikut kemampuan sendiri.
“Macam saya, gunakan media sosial dan pengaruh yang ada untuk terus memperjuangkan nasib Palestin. Selain itu, saya turut membuat sumbangan wang. Semoga sedikit sebanyak boleh membantu mereka. Jom sama-sama bantu mereka ya!,” tambah Shima lagi. – WILAYAHKU