Selebriti

Banyak berkorban untuk keluarga, Shila Amzah kecewa tuduhan buruk adik-beradik

- Diterbit 12 Oktober 2023 12:32 AM MYT

UMUM  mengetahui penyanyi Shila Amzah menyanyi sejak kanak-kanak kerana mahu membantu keluarga.

Menyedari dirinya anak sulung, Shila tidak pernah kenal erti penat lelah dalam membantu keluarga sehingga mereka hidup senang.

Namun, Shila terkilan dan kecewa dengan tindakan  adik lelakinya, Amir Syafiq Amzah,  yang menganggapnya seorang kakak yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan wang berbanding keluarga.

Dalam satu hantaran lain di Instastory, Shila menepis dakwaan yang dibuat Syafiq dan menegaskan itu adalah semata-mata satu pembohongan.

“Kau guna nama kakak kau untuk perhatian dan nak terangkan kebenaran yang kau cipta sendiri untuk menambah rasa sedap pada kisah dongeng yang kau buat sendiri?

“Kenapa takut? Kenapa mute aku kalau kau betul. Aki dah sampai limit ni. Aku ada semua resit.

“Jangan ingat aku diam, aku ni yang bangang.

“Kau ingat aku takut ke Lau nak sepak muka aku lagi? Meh la Kalau kau betul anak jantan sulung macam kau claim. Bak datang, aku tunggu,” luahnya.

Sebelum ini, isteri kepada personaliti media sosial Ubai ini menafikan yang dia menghalau ahli keluarga dari kediaman miliknya.

Shila menjelaskan, tindakan dia menjual rumah tersebut kerana mahu menyediakan sebuah rumah lain yang lebih selesa untuk didiami keluarganya.

Sebelum ini kecoh  juga dalam media sosial, apabila adik Shila yang juga penyanyi, Syada memuat naik status mempersoalkan rumah yang didiaminya bersama ibu mahu dijual.

Dia turut meluahkan kekecewaan apabila menyamakan situasinya seperti haiwan jalanan yang tidak mempunyai rumah. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas