DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan tindakan kapit roda kenderaan motor bagi kenderaan yang menyebabkan halangan, bahaya atau kesulitan kepada pengguna jalan raya yang lain bermula bulan ini (Oktober).
DBKL berkata kenderaan yang didapati melakukan kesalahan ini tidak hanya akan dikenakan tindakan kapit roda malah kenderaannya juga boleh dialihkan oleh pihak DBKL.
“Ia dibuat menerusi Seksyen 48, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dilaksanakan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Pengguna jalan raya diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan,” jelas DBKL dalam satu kenyataan.
Sebarang aduan atau permakluman, orang ramai menghubungi talian 24 jam, Bilik Kawalan Operasi, Jabatan Penguatkuasaan DBKL di 03-4010 6272. -WILAYAHKU