Selebriti

“Saya dah cuba tapi gagal”… Mawar Rashid buka tudung

- Diterbit 9 Oktober 2023 11:50 PM MYT

LAIN orang, berbeza dugaannya. Setiap individu sentiasa mahukan yang terbaik, namun kadang kala kita tewas

Begitulah Pelakon dan usahawan terkenal, Mawar Rashid,28, yang mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Mawar memuat naik dua keping gambar tidak bertudung di hadapan cermin.

“Saya dah cuba. Tapi saya gagal. Minta maaf,” tulisnya yang mengaku gagal istiqamah dalam berhijab.

Pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid turut bertindak menutup ruang komen di hantaran tersebut.

Sekadar info, Mawar terbuka hati untuk memakai tudung pada Ogos 2020 selepas masuk kelas agama.

Mawar dan Raf berkahwin pada November 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Sri Riyanna Sayang.

Mawar turut memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas