Selebriti

Konsert ‘Tiba Masa… Zainal Abidin’ meriah! Kemunculan Headwind, Afdlin gamit memori

- Diterbit 1 Oktober 2023 1:00 PM MYT

KONSERT Tiba Masa…Zainal Abidin berlangsung dengan meriah dengan kehadiran lebih 3,000 ribu penonton yang membanjiri  Istana Budaya, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Konsert yang dianjurkan Bsync Live  turut menampilkan gandingan bersama kumpulan Headwind untuk segmen pertama yang sudah semestinya mengubat rindu peminat.

Gandingan ini pastinya menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila ia mengimbau kembali kemunculan awal Zainal Abidin sebagai vokalis Headwind.

Panggung Sari semakin gamat dengan sorakan penonton apabila mereka mempersembahkan lagu popular mereka iaitu Memori Luka, Hanya Di Radio, Suraya, Pelangi , Segalanya Mungkin dan Kita Serupa.

ZAINAL Abidin turut menjemput Afdlin Shauki ke pentas menyanyikan lagu Ikhlas Tapi Jauh.

Kemudian Zainal meneruskan persembahan hebatnya menerusi segmen kedua dengan lagu-lagu yang cukup menjadi siulan ramai iaitu Senang-Senang, Sabar, Bongkar, Damai dan Manis.

Zainal turut menyampaikan lagu Inayah, Baba, Telaga dan Debu liar secara medley serta disusuli instrumental lagu Khayalan.

Tidak cukup dengan itu, suasana semakin hangat di segmen ketiga apabila Zainal mengalunkan lagu baharunya Tiba Masa dan lagu malar segarnya, Hijau.

Pada acara kemuncak, Zainal turut menjemput rakan baiknya Datuk Afdlin Shauki ke pentas bersama-samanya menyanyikan lagu Ikhlas Tapi Jauh.

Persembahan duet yang juga penutup konsert ini mendapat sorakan gemuruh para penonton pelbagai peringkat umur dan semestinya membuatkan penonton tersenyum puas di akhir konsert.

Kehebatan Zainal Abidin ternyata membuktikan beliau berada di kelas tersendiri dan tidak pernah pudar dalam ingatan peminat setelah 40 tahun dalam industri. – WILAYAHKU

https://vt.tiktok.com/ZSN8eKoDX/

 

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas