PASUKAN SSB dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur muncul juara di Kejohanan Labuan Merdeka Open Fours 2023 yang berlangsung di Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan, baru-baru ini.
SSB berjaya menewaskan pasukan JE Niaga dari Labuan dalam perlawanan akhir seterusnya merangkul hadiah wang tunai RM10,000, medal dan piala iringan sementara naib juara pula membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 berserta medal.
Manakala tempat ketiga bersama disandang oleh pasukan WIPERS C dari Labuan dan JBC B dari Sabah sekali gus memperoleh wang tunai RM3,000 dan medal.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.
Terdahulu, lebih 40 pasukan dari dalam dan luar negara menyertai Kejohanan Merdeka Open Fours 2023 yang dianjurkan Persatuan Lawnball Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan Labuan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Labuan. – WILAYAHKU