AHLI Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Isteri Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu semua pihak bekerjasama menambahbaik kemudahan infrastruktur di sekitar kawasan Kolam Takungan Banjir Sungai Midah bagi memberi keselesaan kepada penduduk dan pengunjung.
Beliau berkata penambahbaikan ini wajar dilaksanakan dengan melibatkan kerjasama daripada pelbagai pihak seperti SWCorp Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sebagainya.
“Saya rasa ini satu usaha yang baik daripada semua pihak dengan memberi kerjasama, kita mahu kolam takungan ini diselenggara dengan baik agar ia dapat memberi keselesaan kepada pengunjung di samping menjamin kebersihan di sekitar kawasan ini.
“Sebentar tadi , saya pun sudah melihst kawasan sekitar dan penduduk rata-ratanya juga memohon infrakstruktur seperti kerusi, meja untuk pengunjung beriadah selain membangunkan kebun komuniti yang terdapat di sini,” kata beliau pada Majlis Pelancaran Riadah 5 Komuniti (5K) Malaysia Madani 2023 di Kolam Takungan Banjir Sungai Midah, Kuala Lumpur hari ini.
Dalam masa yang sama, beliau ju mahu menambahbaik kawasan tersebut dengan meletakkan lampu solar di sepanjang laluan riadah (jogging).
“Ini kerana, kita khuatir dengan keselamatan pengunjung yang beriadah pada waktu malam, bila ada lampu ia lebih memudabkan dan selamat.,” ujarnya.
Terdahulu, program Riadah 5K diadakan bermula pukul 7.30 pagi sehingga 11 pagi itu merupakan aktiviti riadah yang melibatkan lima komuniti iaitu Pangsapuri Seri Malaysia, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Petaling, PPR Seri Malaysia, Kampung Malaysia Raya dan Kampung Malaysia Tambahan.
Ia diterajui oleh pimpinan Majois Perwakilan Penduduk Sub Zon 6 Parlimen Bandar Tun Razak bersama Pengerusi Persatuan Penduduk, Pengurusan Bangunan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Surau dan badan bukan kerajaan (NGO).
Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah Setiausaha Politik Kepada Perdqna Menteri, Azman Abidin; Ketua UMNO Bahagian Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar; Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Khaltum Shuib dan sebagainya. -WILAYAHKU