PENGANJURAN Hari Sukan Negara (HSN) yang bertujuan untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif adalah selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kepentingan kegiatan sukan seharusnya dimulakan di peringkat awal lagi.
“… dan diteruskan sehingga ke sekolah, institut pengajian tinggi, alam pekerjaan dan seterusnya agar gaya hidup kita terus kekal aktif dan cergas menerusi aktiviti sukan, fizikal dan seumpamanya,” kata beliau dalam catatan di Facebook hari ini. – BERNAMA