Selebriti

Hijabistahub, Soultan Royale Night pamer koleksi raya 2023

||||||||||||||||PERSEMBAHAN hebat daripada Anuar Zain
- Diterbit 5 Mac 2023 1:47 AM MYT

HIJABISTAHUB merupakan sebuah jenama pakaian wanita yang sudah mula bertapak sejak tahun 2016.

Pertunjukan fesyen yang diadakan ini merupakan acara yang julung kalinya diadakan setelah lapan tahun berada di dalam industri fesyen tanah air. Jenama yang saban tahun membina nama ini mungkin tidak asing lagi bagi kaum wanita terutamanya.

Acara tersebut telah berlangsung di Hotel JW Mariott, Kuala Lumpur pada 2 Mac lalu yang bertemakan Royale Night dan dihadiri lebih daripada 300 jemputan yang kebanyakannya merupakan selebriti terkemuka dan pempengaruh media sosial.

Pembukaan acara berkenaan dimulakan dengan memperkenalkan satu jenama baru iaitu Soultan yang membawakan koleksi Baju Melayu.

JENAMA Soultan ini merupakan hasil kolaborasi bersama pelakon Aeril Zafrel. Wawa Zainal juga muncul dengan empat koleksi eksklusif.

Jenama Soultan ini merupakan hasil kolaborasi bersama pelakon popular tanah air, Aeril Zafrel. Perbarisan berpanji yang membawa keris ke pentas utama membuka tirai sebagai simbolik pelancaran kepada jenama berkenaan.

Selain itu, pelbagai koleksi pakaian bagi wanita yang ditampilkan dalam pertunjukkan berkenaan yang berunsurkan elemen moden klasik dengan sentuhannya yang begitu menawan.

Dalam pada itu, turut ditampilkan empat koleksi eksklusif daripada artis wanita popular Wawa Zainal yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kehadiran beberapa orang kerdil dengan mengusung Wawa Zainal ke pentas utama menjadikan gimik yang sangat istimewa sebelum pengenalan kepada koleksi berkenaan.

Koleksi yang ditampilkan oleh HijabistaHub ini membuktikan bahawa kualiti dan karya jenama tempatan juga mampu untuk berada setanding dengan hasil karya jenama antarabangsa diluar sana.

Dalam ucapan oleh pengarah HijabistaHub juga menyebut bahawa impian mereka yang ingin direalisasikan untuk membawa jenama ini lebih jauh dan lebih dikenali.

LISDAWATI dan Fauzi Nawawi
MAWAR Rashid dane Raff Yaakob
ALIFF Aziz dan Bella Astillah
AMYRA Rosli dan Amar Baharin.
IMAN Troye
RYAN Bakery dan Boss James.

Turut ditampilkan dalam pertunjukkan fesyen ini barisan selebriti-selebriti antaranya ialah Alif Aziz, Bella Astilah, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Amyra Rosli dan Iman Troye.

PERSEMBAHAN hebat daripada Anuar Zain

Tidak ketinggalan mereka memperkenalkan barisan pempengaruh media sosial yang tidak asing lagi iaitu, Ryan Bakery dan Boss James selain persembahan oleh Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel. Kemeriahan sambutan pertunjukan fesyen berkenaan turut dirasai oleh semua yang hadir.

Sementara itu, HijabistaHub juga mengumumkan sebahagian koleksinya sudah boleh didapati di laman web rasmi mereka  http://www.HijabistaHub.com dan  butik mereka di Setia Alam, FourSeason Kuala Lumpur, Kelantan dan booth mereka di Plaza Angsana, Johor Bahru. Jangan lupa untuk ikuti mereka di platform media sosial untuk segala info yang terkini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas