BAPA kepada pengacara rancangan hiburan Gegar Vaganza, Nabil Ahmad, meninggal dunia, hari ini.
Memetik laporan Mstar, Allahyarham Ahmad Ismail yang berusia 71 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang pada pukul 2 petang tadi selepas mengalami komplikasi jantung.
Perkara tersebut disampaikan oleh pengurus Nabil yang turut memaklumkan sebelum ini Allahyarham dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang pada Khamis minggu lalu.
Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman Nabil di Mambau, Negeri Sembilan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Garam. Al Fatihah. – WILAYAHKU