PEREKA fesyen terkenal, Ezuwan Ismail mengaku agak cemas apabila pakaian ala kemban rekaannya yang diperagakan seorang model tiba-tiba terlondeh di atas pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik Ezuwan dalam Instagram, kelihatan dia yang diapit dua model, wanita dan lelaki kelihatan berjalan di atas pentas selepas habis memperagakan busana rekaannya.

Bagaimanapun secara tiba-tiba, busana ala kemban yang digayakan model wanita tiba-tiba terlondeh sehingga ke paras pinggang dan disaksikan penonton yang hadir menyaksikan pertunjukan itu.
“Nasib baik model orang putih (minah saleh), kalau model kita (Melayu) tak dapat bayangkan.
“Mujurlah ada ‘top’ yang dipakai. Kalau tidak semata-mata skirt (yang digayakan menjadi baju), bukan setakat ‘naya pak karim naya abe’ (abang) Ezuwan wei! Mujurlah model orang putih.
“Kalaulah model Melayu, tak dapat bayangkan. Tak mahulah cerita yang bukan-bukan,” tulisnya dalam Instagram.
Ujar Ezuwan, walaupun sudah membuat perancangan sempurna, namun dia tidak dapat mengelak jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.
“Kadang-kadang tidak semua benda yang dirancang itu sempurna. Tapi reda sahajalah benda nak jadi. Nasib baik aku buat baju ala-ala tutup satu badan.
“Kalau tidak, tak ke nampak tutttt (payudara). Aku pula boleh tak perasan sebab sibuk berangan melambai-lambaikan tangan macam Miss Universe,” katanya. – WILAYAHKU