Selebriti

Aliff Syukri impi duet dengan Siti Nurhaliza

- Diterbit 20 Ogos 2022 2:54 AM MYT

SELEPAS muncul dengan lagu Baby Sayang duet bersama Baby Shima, usahawan yang juga penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri, 35, mengimpikan untuk berduet dengan binatang nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pula.

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman yang mendakwa dirinya penyanyi nombor satu Malaysia kerana sentiasa ‘trending’ di YouTube berkata, Siti adalah penyanyi wanita yang amat diminatinya.

“Saya berharap dapat berduet dengan Siti Nurhaliza. Kalau beliau (Siti Nurhaliza) lihat video ini, mungkin impian saya akan tercapai.

“Bagi saya, tak ada lagu saya yang tak ‘trending’ walaupun saya juga tak dapat sebarang anugerah,” katanya yang turut menyimpan impian berduet dengan Datuk Jamal Abdillah, Ziana Zain dan Anuar Zain.

Aliff juga mengaku lagunya tetap ‘trending’ walaupun ramai yang mengrcam dan mempertikaikan kemampuan suaranya sebagai penyanyi.

“Saya berdiri ‘stand alone’ walaupun banyak selebriti keluarkan lagu, macam-macam cerita keluar, saya nombor satu. Ini membuktikan suara saya ada ‘value’, walaupun ada orang kata suara saya macam itik, suara macam lembu,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, lagu Baby Sayang mendapat pujian ramai dan menjadi siulan peminat irama dangdut. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas