Berita

Gempa bumi sederhana landa selatan Sumatera

BERUKURAN 5.7 pada skala Richter dikesan. Kredit foto: Jabatan Meteorologi Malaysia
- Diterbit 20 Julai 2022 2:42 AM MYT

GEMPA bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter dikesan melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada 7.46 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa pada jarak 62 kilometer (km) selatan dari Bengkulu itu berlaku pada kedalaman 63 km.

Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mendapati gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas