Selebriti

Zaki bertunang dengan Raa Suzuran, nikah selepas hari raya

||
- Diterbit 4 Februari 2022 12:41 AM MYT

PELAKON drama bersiri Isteri Bukan Untuk Disewa, Zaki Azeman, 28, selamat melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, Raa Suzuran, 23, kelmarin (2 Februari 2022).

Majlis berlangsung selepas waktu Zohor di kampung halaman Raa yang juga adik kepada selebriti Jaa Suzuran, di Kota Bharu, Kelantan.

Majlis dihadiri keluarga dan kenalan rapat. Turut kelihatan teman baik Zaki, Khai Bahar juga hadir.

PENYANYI Khai Bahar turut hadir

Zaki atau nama sebenarnya Muhamad Zaki Azeman mempunyai alasan tersendiri memilih tarikh pertunangan mereka.

“Kami pilih tarikh 2.2.22 sebab angkanya cantik untuk diingati.

“Insya-Allah kami merancang untuk mendirikan rumah tangga selepas raya nanti.

“Ada yang tanya tak takut ke nak bertunang dan seterusnya berkahwin ketika nama masih hijau? Saya percaya soal itu berbalik kepada rezeki dan tuah.

“Urusan jodoh pun ketentuan-Nya. Mana yang baik, saya jalani sebaik mungkin,” katanya yang mula mengenali Raa menerusi media sosial.
Raa bekerja sebagai penstrim di laman sosial dan juga menjadi ‘influencer’.

Dalam perkembangan lain, Zaki sedang menjalani penggambaran drama 13 episod, Suci Dalam Debu arahan Datuk Jurey Rosli.

Zaki juga akan menyambung penggambaran drama slot Akasia TV3, Bisik Bisik Gelora sebanyak 35 episod di bawah arahan Riza Baharudin untuk produksi Global Station. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas