Selebriti

Positif COVID-19… “Maafkan saya, takut-takut umur tak panjang” – Aliff Syukri

- Diterbit 29 Disember 2021 1:17 PM MYT

USAHAWAN terkenal Datuk Seri Aliff Syukri disahkan positif COVID-19 tahap dan sedang dirawat di wad.

Menerusi Instagramnya, Aliff memberitahu paru-parunya bermasalah akibat wabak tersebut. Dalam Masa yang sama, penyanyi lagu Bobo Di Mana itu juga memohon maaf kepada orang ramai jika ada salah dan silap.

“Kepada semua sahabat kenalan yang dikasihi atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak.

“Maaf sekiranya pernah terkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, maaf sekiranya pernah termakan sengaja ataupun tidak.

“Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah. Rasa lega dah mohon maaf kat semua. Takut-takut umur tak panjang.

“Saya telah ditahan di wad. Doakan saya cepat sembuh kerana saya dijangkiti COVID-19 stage 3 melibatkan paru-paru. Doa kalian amat saya hargai,” tulisnya.

Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan kata-kata positif dan mendoakan agar Aliff segera sembuh.

Terdahulu, pada akhir tahun lalu, isteri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida pernah kuarantin kerana kontak tapat dengan adiknya yang positif COVID-19. Namun, Shahida didapati negatif setelah menjalani ujian saringan COVID-19. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas