DENGAN sekali lafaz, pelakon Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman atau dikenali sebagai Oktovia Manrose,30 telah sah bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Mdisa, 31 pada 21 Disember 2021 pada pukul 9:30 malam bertempat di MAGICA Quill Ballroom, Quill City Mall sebagai penaja utama pernikahan mereka.
Pasangan mempelai ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman disaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.

Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Khairul Efsan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 bersama lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki. Walaubagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Oktovia dan Khairul telah berkenalan sejak tujuh tahun yang lalu menerusi ahli keluarga terdekat sebagai kawan biasa tetapi terputus hubungan untuk beberapa tahun. .
Oktovia yang ditemui pada majlis tersebut memberitahu mereka saling mengenali sebagai rakan biasa sejak tujuh tahun yang lalu. Namun begitu, perasaan terhadap satu sama lain mula timbul selepas dipertemukan semula beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, Oktovia mengakui keinginan bekas pemain Melaka United itu untuk sama-sama berhijrah mendekati Allah menjadi antara sebab dirinya tertarik untuk bersuamikan Khairul kerana mereka mempunyai persamaan atas tujuan yang sama untuk mendekatkan diri kepada Illahi.
Turut menaja majlis pernikahan mereka adalah Picturesquare production sebagai photo dan videographer, Arinaa Craft untuk doorgift dan Azam Pandan Sdn. Bhd. Untuk kek pernikahan mereka. – WILAYAHKU