KIRA-kira 200 kakitangan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menerima Yakult minuman probiotik yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada sempena Kempen Kongsi Kebaikan hari ini.
Menurut Hiroshi Hamada, kempen tersebut telah dilaksanakan selama tiga tahun namun tahun ini sedikit istimewa di mana produk tersebut akan diberikan kepada barisan media dan golongan yang memerlukan.
“Ramai yang terlupa bahawa media juga merupakan barisan hadapan ( frontliner) di Malaysia.
“Pada Ramadan kali ini kita akan edarkan minuman Yakult kepada orang-orang media dan juga akan diberikan kepada mereka yang memerlukan seperti di rumah anak yatim dan juga rumah orang tua. Produk kita juga akan diedarkan kepada pihak hospital,” katanya kepada Wilayahku.
Ujarnya Yakult akan mengedarkan produk mereka ke 30 lokasi dan enam syarikat media yang telah dipilih sepanjang bulan Ramadan ini dan sebanyak 15,000 botol telah diperuntukkan di mana setiap lokasi sebanyak 1,000 botol akan diedarkan.
Tambahnya lagi Yakult mengeluarkan pembungkusan baru khusus untuk bulan Ramadan.
“Setiap tahun kita akan tukar pembungkusan khas pada bulan Ramadan sahaja dan pada bulan berikutnya kita akan menggunakan pembungkusan sedia ada,” ujar Hiroshi. -WILAYAHKU – DIANA AMIR-