Berita

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 1,208 kilogram (kg) keratan bunga ros segar

- Diterbit 19 Mac 2021 2:40 AM MYT

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 1,208 kilogram (kg) keratan bunga ros segar dari Ethiopia bernilai RM43,210 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa lepas.

Pemangku pengarah MAQIS Selangor Zamri Hashim berkata pemeriksaan terhadap dokumen yang telah diisytiharkan mendapati terdapat kekeliruan nombor permit pada sijil fitosanitasi dan permit import.

Beliau berkata kegagaglan mengimport tanpa mematuhi syarat permit adalah di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia  2011 (Akta 728) kerana tidak mematuhi syarat permit import.

Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya, katanya dalam kenyataan hari ini.

“MAQIS sentiasa teliti dan cekap dalam menjalankan pemeriksaan ke atas setiap dagangan yang diimport dan dieksport bagi mengelakkan kemasukan dagangan diimport bersama penyakit dan perosak,” katanya. – BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas