Berita

CHINA disaran bina Pusat inovasi teknologi vaksin

- Diterbit 8 Mac 2021 7:41 AM MYT

RANCANGAN Lima Tahun Ke-14 China meletakkan “pembangunan dipacu inovasi” sebagai agenda utama dalam kemajuan negara.

Di samping itu, negara ini juga memperkenalkan visi jangka panjang iaitu “Sihat China” yang disasarkan dicapai menjelang 2035.

Ketua Pengarah Institut Biokejuruteraan Akademi Perubatan Ketenteraan di bawah Akademi Sains Ketenteraan China, Chen Wei menyatakan usaha harus dipergiat bagi menggalakkan serta memastikan matlamat itu dapat dicapai selain memperkasakan inovasi dalam sains dan teknologi biologi.

Beliau turut mengemukakan empat cadangan termasuk mewujudkan mekanisme “senarai putih” bagi projek sains dan teknologi, menggunakan kelebihan sistem negara untuk membaiki pembahagian dan perkongsian sumber.

Selain itu beliau turut mencadangkan pembinaan Pusat Inovasi Teknologi Negara khusus untuk vaksin.

Beliau menambah, penggunaan teknologi baharu seperti teknologi biologi, data raya, perkomputeran awan dan kecerdasan buatan (AI) dalam pembangunan vaksin terhadap mutasi virus diadaptasi dalam usaha mencegah dan mengawal pandemik COVID-19.

Di samping itu, beliau juga mengesyorkan persekitaran sains dan penyelidikan yang baik diwujudkan bagi menyemarakkan semangat saintis supaya dapat berbakti serta menyumbang kepada perkembangan sains negara. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas