PENANTIAN selama tujuh tahun pelakon Jehan Miskin,41, berakhir apabila isterinya, Julie Camelia Rhee selamat melahirkan bayi lelaki pada Sabtu (semalam).
Menerusi instagram, Jehan memuatnaik gambar bersama anaknya yang diberi nama Axel Nova Rhee Jehan.
“Selamat datang ke dunia anak lelaki saya Axel Nova Rhee Jehan, nama pertama saya.
“Lahir pada tengah malam hari kesembilan sambutan Tahu Baru Vina dengan letupan bunga api, awake benar-benar keajaiban,” tulis Jehan.
Ramai rakan artis turut mengucapkan tahniah di ruangan komen seperti Fazura, Alif Satar, Sherry Al-Hadad, Scha Al-Yahya, Aqasha, Siti Sarah, Vince dan ramai lagi.
Jehan Miskin dan Julie mendirikan rumah tangga pada Mei 2013. – WILAYAHKU