Berita

Jamali Shadat meninggal dunia

- Diterbit 3 Februari 2021 3:18 AM MYT

PELAWAK  veteran popular, Datuk Jamali Shadat, 78, meninggal dunia, 8.30 pagi tadi. 

Menurut cucunya Isyraq Ariff Zalull Ariff,31, doktor mengesahkan datuknya sudah tiada.

Terdahulu, keadaan Jamali semakin uzur apabila tidak mampu berjalan dan kurang selera makan.

Jamali sebelum in amat terkesan dengan kematian isterinya, Lela Yacob yang meninggal disebabkan serangan angin ahmar pada Jun 2018, sehingga membuatkan dia kemurungan.

Allahyarham isterinya meninggal pada hari pertama Syawal selepas sebulan terlantar di hospital.

Jamali dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Sekitar 1980-an, pelawak legenda stand up komedi ini terkenal dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama Atan. – WILAYAHKU

Foto: Berita Harian

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas