TIMBALAN Ketua Polis Daerah Labuan DSP Mohd Ibrahim Ghani dilantik sebagai Pemangku Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan.
Pelantikan Mohd Ibrahim itu mengambil alih tugas daripada Superintendan Muhamad Farid Ahmad yang bertukar ke Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat di Bukit Aman.
Majlis Serah Terima Tugas diadakan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali, pada Isnin .
Dalam majlis itu, turut diadakan serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis ( PERKEP) diantara Noraziah Jalaluddin dengan Dg Majenah Ag Daud sebagai Pemangku Pengerusi Perkep dan disaksikan oleh Pengerusi Perkep Kontinjen Sabah Datin Fadziah Abd Hamid. – KHAIRUL IDIN – WILAYAHKU