SEORANG kanak-kanak lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring di kawasan loji di Taman Juara Jaya, Kajang, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kanak-kanak berusia dua hingga tiga tahun itu ditemukan orang awam pada kira-kira pukul 9.40 pagi.
“Ketika ditemui kanak-kanak itu lengkap berpakaian baju-T warna merah dan berseluar putih, tidak memakai selipar dan dalam keadaan terbaring dalam kawasan loji itu, namun tiada sebarang butiran maklumat diperolehi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kajang untuk jalani pemeriksaan dan rawatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat akan kanak-kanak hilang boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Insp Mohd Faeez Norzah di talian 013-2773407 atau balai polis berhampiran. – BERNAMA