Berita

Prasarana belanja RM1.7 bilion beli 27 buah tren

TAJUDDIN (tengah) melihat alat ganti yang diselenggara pekerja Prasarana di Depoh LRT Subang hari ini. TAJUDDIN (tengah) sedang melihat alat ganti yang diselenggara pekerja Prasarana di Depoh LRT Subang hari ini.
- Diterbit 25 Jun 2020 8:15 AM MYT

KUMPULAN Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) membelanjakan kira-kira RM1.7 bilion untuk membeli 27 buah tren bagi menampung peningkatan penumpang pada masa akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pesanan itu telah dibuat melalui Konsortium Bormbardier Tasima yang ditandatangani pada 2017.

“Sekarang ini, ia sedang dibina di Clarksburg, Amerika Syarikat dan dua buah daripadanya telah tiba di Kilang Borbardier Hartasuma di Westport, Pelabuhan Klang bagi proses pemasangan. Penghantaran set pertama tren baru ini dijadualkan Ogos ini.

“Baki 25 buah tren lagi akan tiba secara berperingkat sehingga tahun 2023. Pembelian itu dibuat bagi menggantikan tren lama yang sudah digunakan kira-kira 23 tahun,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat tinjauan operasi Sistem Aliran Ringan (LRT) Ibu Pejabat Rapid Rail, Depot Subang di sini hari ini.

Kata Tajuddin, pihaknya merancang untuk masa depan dan memastikan tren yang digunakan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihak Prasarana telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM59 juta pada tahun 2019 berbanding RM21 juta pada tahun 2018. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas