Berita

9 kenderaan musnah dijilat api dalam insiden kebakaran bengkel di Jinjang

- Diterbit 9 Februari 2024 11:46 AM MYT

SEBANYAK sembilan buah kenderaan dijilat api dalam satu insiden kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Miri, Taman Beringin, Jinjang, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada pukul 5.20 pagi seterusnya menghantar seramai 25 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, BBP Manjalara dan BBP Sentul ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Mohamad Hasbullah Naimi Mahmood berkata setibanya di tempat kejadian, kebakaran melibatkan sebuah bengkel kereta.

“Kebakaran itu turut melibatkan empat buah kereta, sebuah lori dan empat buat motosikal.

“Tindakan pemadaman menggunakan teknik ‘offensive’ dan ‘defensive’ untuk mengawal kebakaran daripada merebak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, tiada mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut, sementara kebakaran itu menyebabkan kemusnahan 90 peratus premis itu.

“Unit siasatan kebakaran telah dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas