Berita

6,509 kes baharu hari ini, Selangor tertinggi dengan 2,049 kes

SELANGOR terus mencatatkan kes harian tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas dengan 2,049 kes. Kredit foto oleh: KKM SELANGOR terus mencatatkan kes harian tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas dengan 2,049 kes. Kredit foto oleh: KKM
- Diterbit 24 Mei 2021 8:21 AM MYT

KES positif baharu COVID-19 di Malaysia menunjukkan sedikit penurunan hari ini dengan 6,509 kes berbanding rekod tertinggi 6,976 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di akaun rasmi Twitternya hari ini berkata Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas dengan 2,049 kes.

Ini diikuti Sarawak dengan 530 kes, Johor dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan 468 kes, Kelantan (451), Pulau Pinang (384), Kedah (348) serta Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing 329 kes.

Terengganu pula melaporkan 263 kes disusuli Pahang (257), Perak (231), Sabah (184), Labuan (171), Putrajaya (40) dan Perlis (tujuh). – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas