SERAMAI 63 orang atlet Kuala Lumpur dan Putrajaya akan bertempur merebut pingat pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 Sarawak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata pada 19 September ini beliau akan bersama-sama atlet Para SUKMA dalam majlis pelepasan sebelum mereka terbang ke Sarawak
“Terima kunjungan Pengarah baru bagi Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabran Abd Bahar dan delegasi.
“Antara perbincangan adalah terkait acara Para SUKMA Sarawak yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 September ini.
“Seramai 63 orang atlet Kuala Lumpur dan Putrajaya akan bertempur merebut pingat yang dipertandingkan,” katanya di Facebook.
Zaliha turut mengucapkan selamat maju jaya kepada ke semua atlet Kuala Lumpur dan Putrajaya yang akan bertanding di para SUKMA Sarawak.
Para SUKMA Ke-21 Sarawak akan berlangsung pada 22 hingga 28 September ini.
Temasya kali ini akan disertai seramai 1,290 atlet para yang terdiri daripada 982 atlet para lelaki dan 308 atlet para perempuan. – WILAYAHKU