SERAMAI 46 warga kerja Perbadanan Labuan (PL) yang memberi perkhidmatan dan sumbangan cemerlang sepanjang tahun 2021 menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), baru-baru ini.
Penyampaian anugerah itu disampaikan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussien di majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Sabtu.
Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PL Rithuan Mohd Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Ibrahim Tambi dan ahli-ahli Lembaga Pengarah PL.
Pada majlis yang sama, Amir turut menyampaikan hadiah penghargaan kepada 24 warga kerja PL yang bakal bersara dan menamatkan perkhidmatan pada tahun ini.
Beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada penerima-penerima APC dan sekalung penghargaan kepada pesara, bakal pesara yang akan menamatkan perkhidmatan di Perbadanan Labuan. – WILAYAHKU