Berita

40 peratus tembok penahan sepanjang 65 meter rosak teruk – Mohd Taufik

INSTITUT Kerja Raya Malaysia (IKRAM) mencadangkan tambakan tanah yang disokong blok konkrit untuk memperkukuhkan tembok penahan. INSTITUT Kerja Raya Malaysia (IKRAM) mencadangkan tambakan tanah yang
- Diterbit 28 Mei 2022 2:00 AM MYT

INSTITUT Kerja Raya Malaysia (IKRAM) telah dilantik sebagai jururunding bebas bagi mengenal pasti punca kerosakan tembok penahan (Contiguous Bore Pile – CBP Wall) di tapak projek pangsapuri servis di Taman Pertama, Cheras.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Taufik Haron berkata pihaknya sedang menjalankan semakan terhadap reka bentuk dan memeriksa spesifikasi tembok serta-merta.

Jelasnya, kira-kira 40 peratus daripada tembok sepanjang 65 meter itu telah beranjak satu meter dari kedudukan asal pada awal pagi Ahad sehingga meranapkan sebuah rumah teres dua tingkat yang terletak bersebelahan tapak pembinaan itu.

“Perbincangan dengan pemaju juga sedang dijalankan. Mereka telah diminta untuk memberikan data yang berkaitan,” katanya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah yang melawat pada Isnin berkata arahan berhenti kerja telah dikeluarkan dengan kerja-kerja pembaikan dimulakan serta-merta.

Mohd Taufik berkata tembok penahan itu akan diperkukuhkan dengan tambakan tanah (earth berm) yang disokong dengan blok konkrit.

“Setakat ini jumlah tanah yang diperlukan masih belum dapat dipastikan. Kita menganggarkan kira-kira 2,000 meter kubik padu tanah diperlukan.

“Kami juga masih belum membuat keputusan mengenai ketinggian tembok penahan itu yang dianggarkan antara empat meter hingga lapan meter bagi memastikan ia stabil,” katanya.

Ketika ditanya mengenai garis masa untuk semua kerja-kerja menstabilkan tanah itu selesai, beliau berkata ia masih belum dapat diputuskan kerana pihaknya sedang mengumpulkan data dan perincian berkaitan insiden tersebut.

“Ini termasuk data mengenai reka bentuk projek, serta construction sequence di tapak.

“Perbincangan dengan pemaju juga sedang dijalankan. Mereka telah diminta untuk memberikan data yang berkaitan,” katanya.

Selain rumah yang rosak, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) turut mengarahkan penghuni di enam rumah berhampiran berpindah di atas faktor keselamatan manakala Syarikat Air Selangor dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mematikan bekalan utiliti masing-masing bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas