SERAMAI 383,637 peminjam masih gagal memulakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), bagi tempoh sehingga 31 Disember 20204.
Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), ia melibatkan tunggakan balik sebanyak RM5.25 bilion.
“Sehingga 31 Disember 2024, seramai 2,448,105 peminjam telah membuat bayaran balik pinjaman.
“Daripada jumlah tersebut, seramai 1,044,595 peminjam telah menyelesaikan pinjaman mereka secara keseluruhannya,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Kementerian itu menjawab soalan mengenai jumlah peminjam PTPTN yang sedang membayar mengikut jadual pembayaran, yang membayar tidak mengikut jadual pembayaran dan yang gagal membayar serta jumlah nilai hutang bagi setiap kumpulan tersebut.
KPT menambah, seramai 585,638 peminjam sedang membuat bayaran balik secara konsisten dan seramai 817,872 peminjam membayar balik secara tidak konsisten yang melibatkan tunggakan sebanyak RM5.80 bilion. – WILAYAHKU