SERAMAI 350 peserta menyertai Program BeST@School siri ketiga yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (3), Presint 11 baru-baru ini.
Menerusi program tersebut pembersihan secara keseluruhan kawasan sekolah diadakan seperti pencucian longkang tersumbat, keceriaan landskap, pembuangan sisa pukal dan plogging.
Ia turut melibatkan pengurusan kesihatan persekitaran seperti pembersihan tandas, pemeriksaan kebersihan makanan di kantin sekolah serta kesedaran pencegahan demam denggi.
Program BeST@School siri ketiga ini turut melibatkan pelajar sekolah, guru, pegawai dan pekhidmat Perbadanan Putrajaya, SWCorp, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Alam Flora Sdn Bhd. Para ibu bapa turut bersama-sama turun padang dalam menjayakan usaha murni ini.
Dalam pada itu, Kempen Kemas Meja selepas makan dan aktiviti kitar semula turut diadakan dengan jumlah kutipan yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak 250 kilogram. – WILAYAHKU