Berita

3,000 pelajar sekolah sekitar Bandar Tun Razak terima bantuan persekolahan

- Diterbit 25 Februari 2024 11:38 PM MYT

SERAMAI 3,000 pelajar sekolah menerima bantuan persediaan persekokahan dalam satu program ‘Back To School’ hari ini.

Kesemua pelajar terbabit melibatkan 29 buah sekolah menengah dan rendah di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata bantuan berbentuk baucar bernilai RM100 tersebut diharap dapat membantu meringankan beban kedua ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekokahan anak-anak.

“Miskin bandar adalah satu masalah menghsntui kita, bagaimana kita mahu lihat anak-anak membesar, membangun dengan jayanya jika kabjikan mereka seperti kesihatan dan pendidikan terabai.

“Sumbangan ini diharap dapat meleraikan atau membantu keluarga miskin bandar serta dapat menjaga kebajikan pelajar-pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika berucap merasmikan program ‘Back To School’ di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Wan Azizah, anak-anak atau pelajar-pelajar adalah masa depan negara yang perlu dijaga.

“Apa guna jika ada bangunan pencakar langit, jika masa depan anak-anak terjejas.

“Anak-anak adalah masa depan negara yang akan datang, jadilah seseorang yang berbakti kepada ibu bapa, masyarakat serta negara,” ujarnya.

Turut hadir bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin. – WILAYAHKU.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas